Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bayi. Tampilkan semua postingan
Minggu, 02 Maret 2014
Bayi bogel dibuang tepi longkang di kawasan sunyi
10 Dis 2013
Oleh Muhammad Apendy Issahak
Ipoh: “Bayi itu pasti mati jika saya dan rakan tidak menjumpainya,” kata Chong Lean Fatt, 48, yang menemui bayi baru dilahirkan dibuang dalam keadaan bogel di tepi longkang berhampiran Jalan Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.
Bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu dicampak di kawasan sunyi berhampiran lokasi projek pembinaan rumah kedai yang baru disiapkan.
Chong yang juga seorang kontraktor berkata, dia bersama seorang rakan serta wakil syarikat pemaju menemui bayi malang itu pada jam 11 pagi selepas terdengar tangisannya.
Menurutnya, dia datang ke kawasan itu untuk memasang jeriji besi di sebuah unit kedai dan segera memaklumkan kepada rakan.
Menurutnya, dia datang ke kawasan itu untuk memasang jeriji besi di sebuah unit kedai dan segera memaklumkan kepada rakan.
BAYI yang ditemui.“Saya beritahu rakan mengenai suara bayi menangis, tapi dia kata itu mungkin bunyi anjing liar atau kucing. Saya tidak puas hati dan memaklumkannya kepada wakil pemaju projek kedai itu yang datang untuk memantau kerja pengubahsuaian.myMetro
Minggu, 16 Februari 2014
Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas
PAPAR: Cuak dengan tangisan nyaring bayi yang memecah kesunyian dinihari, sekumpulan pelatih Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ovai di sini, cuba mencari punca bunyi yang didengari kira-kira jam 2.30 pagi semalam.Siasatan mereka kemudian membawa ke sebuah tandas di kem terbabit dan apabila pintunya dibuka, mereka menemui seorang rakan pelatih terbaring dengan tompokan darah bersama ba-yi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Nik Zaidi Nik Zakaria, berkata pelatih berusia 18 tahun itu dipercayai melahirkan bayinya di dalam tandas berkenaan.
“Pemeriksaan latar belakangnya mendapati pelatih terbabit yang memasuki kem PLKN itu pada Mac lalu berasal dari Keningau dan bayi berkenaan adalah tinjauan hubungan dengan teman lelakinya yang berusia 20 tahun yang berasal dari daerah sama.
“Pelatih berkenaan dan bayinya seberat 2.63 kilogram dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut serta keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Nik Zaidi berkata, PLKN termasuk jurulatihnya dipercayai tidak menyedari pelatih berkenaan mengandung sepanjang dua bulan menjalani latihan berikutan tiada sebarang perubahan fizikal pada tubuh pelatih terbabit.
Malah, timbul persoalan di kalangan pelatih lain bagaimanapun rakan pelatih mereka boleh lulus pemeriksaan kesihatan yang diadakan sebelum seseorang dibenarkan menyertai PLKN.
sumber: berita harian
Share

Langganan:
Postingan (Atom)