Tampilkan postingan dengan label kesihatan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kesihatan. Tampilkan semua postingan
Rabu, 25 Desember 2013
Amuk Polis Tunggu Laporan Kesihatan Mental

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu laporan kesihatan mental bagi menentukan sama ada seorang lelaki berusia 26 tahun yang bertindak menikam empat orang awam di stesen Putra LRT Gombak dan Taman Melati di sini Rabu lepas, mengalami gangguan mental.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Supritenden Zakaria Pagan berkata lelaki itu, yang menyebabkan dua orang awam terbunuh manakala dua lagi cedera parah, dijangka menjalani pemeriksaan sehingga 31 Okt ini.
“Kita cuba menyoal siasat sesiapa sahaja yang berkaitan, termasuk anggota keluarganya sendiri serta mangsa yang cedera, dari semua sudut dan kini siasatan hanya perlu menunggu laporan doktor itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata suspek juga didapati positif dadah.
Suspek, yang berasal dari Felda Pemanis, Segamat, Johor diberkas orang ramai sekitar kawasan Jalan Tumbuhan bersama-sama sebilah pisau ‘Rambo’ selepas dikatakan melakukan jenayah itu dalam satu kejadian amuk berhampiran stesen Putra LRT berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Sabtu, 21 Desember 2013
Kesihatan Khasiat Air Liur Lintah

DI sebuah pusat kecantikan, penulis memerhatikan seekor lintah menghisap darah kotor keluar dari bahagian kepala pesakit.
Teknik rawatan itu semakin mendapat sambutan khususnya bagi mereka yang inginkan rawatan tradisional atau alternatif lain.
Rawatan yang dikenali sebagai bekam lintah itu merupakan sejenis perubatan tradisional untuk membuang darah-darah kotor dari tubuh pesakit. Darah-darah kotor akan disedut oleh lintah bertujuan menyahkan darah kotor.
Teknik rawatan itu semakin mendapat sambutan khususnya bagi mereka yang inginkan rawatan tradisional atau alternatif lain.
Rawatan yang dikenali sebagai bekam lintah itu merupakan sejenis perubatan tradisional untuk membuang darah-darah kotor dari tubuh pesakit. Darah-darah kotor akan disedut oleh lintah bertujuan menyahkan darah kotor.
Keistimewaan lintah terdapat pada air liurnya yang mengandungi 17 unsur penting terutamanya hirudin, yang berfungsi bagi menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah.
Selain itu, terdapat juga ekstrak hormon pheromone yang merangsang pengeluaran bau tubuh. Ekstrak ini berguna dalam mengatasi masalah hubungan seksual.
Ekstrak histamine pula berfungsi bagi membesarkan salur darah dan mencergaskan aliran darah sementara ekstrak nitri oxide pula dapat mempercepatkan peredaran darah.
Dari sudut perubatan pula, lintah daripada spesies Hirudo Medicianalis. banyak digunakan dalam membantu merawat penyakit yang berkaitan dengan darah seperti penyakit jantung, darah tinggi, migrain, sakit kepala dan sebagainya.
Sebagai rumusan, kedua-dua bidang ini saling melengkapi dan mempunyai kelebihan bagi mengenal pasti tanda-tanda penyakit atau masalah dalaman.
Bekam lintah merupakan salah satu rawatan alternatif bagi mengurangkan atau menyelesaikan masalah tersebut.
(Sumber)
Langganan:
Postingan (Atom)