Tampilkan postingan dengan label dari. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dari. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Februari 2014

5 polis dari Shah Alam disiasat kes rempuh kediaman Perdana Menteri


AHAD, 20 MEI 2012

 Keadaan kereta Proton Satria yang dinaiki lima anggota polis yang remuk selepas merempuh pintu pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya kelmarin.





KUALA LUMPUR - Polis semalam dalam proses merakam keterangan lima anggota polis yang cedera selepas kereta yang mereka naiki merempuh pagar di laluan khas masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, keterangan daripada kelima-lima anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan diambil secara berperingkat.

"Setakat ini (semalam) masih ada seorang anggota polis yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat patah hidung manakala seorang lagi yang juga dimasukkan ke hospital telah dibenarkan pulang.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
ReadFull Article ..

Selasa, 31 Desember 2013

SUSULAN RASUK Kisah UiTM Lendu Dari Kacamata Bekas Pelajar

Kisah UiTM Lendu Dari Kacamata Bekas Pelajar


**Bahan di bawah dikarang oleh salah seorang wartawan Mynewsub yang merupakan bekas pelajar UiTM Lendu, Melaka.
Tidak sangka nama Universiti Teknologi Mara (Uitm) Lendu, Melaka tiba-tiba menjadi popular bukan sebab kisah pelajanya mencipta rekod bersejarah atau sebagainya, tetapi kisah hantu!
Sebenarnya, kisah Uitm Lendu berhantu sudah wujud sejak sekian lama lagi, tapi tidak sangka ia mendapat perhatian luas sejak malam tadi apabila terus trending di Twitter.
Terus terang penulis katakan, kejadian pelajar dirasuk, histeria atau sasau (menjadi gila) memang benar-benar berlaku dan ia bukan cerita dongeng.
Penulis yang pernah menuntut di sana selama tiga tahun turut pernah berhadapan dengan situasi begini, tetapi bukan penulis dirasuk sebaliknya kawan terdekat.
Sepanjang belajar di sana, hampir dua atau tiga bulan sekali ada saja pelajar yang akan terkena penyakit rasuk ini.
Mereka yang dirasuk ini memang mempunyai kuasa luar biasa, dengan tiba-tiba akan menjadi kuat dan sukar dikawal.
Percakapan pula ada yang boleh difahami dan ada pula yang sepatah apa pun tak faham.
Antara kata-kata yang dikeluarkan pelajar itu adalah ‘Jangan ganggu tempat aku!’, ‘Jangan baca (Yassin) aku panas’, ‘Kau banyak dosa’,  dan ‘Dia ada dekat situ’.
Lebih teruk ada yang meracau sampai nak terjun dari tingkat empat kolej kediaman, mujur ada kawan-kawan lain yang mengawal keadaan.
Pasal pelajar berlari-lari dari satu tingkat ke satu tingkat pernah juga penulis dengar, tapi penulis tidak melihat dengan mata sendiri jadi agak sukar untuk mengambarkan keadaan pada masa itu.
Sementara itu, kejadian pelajar diirasuk akan berlaku sekitar waktu peralihan masa seperti waktu Zohor, Maghrib dan pukul 12 tengah malam serta ia memakan masa hingga berjam lamanya untuk pelajar berkenaan pulih.
Sampaikan ada di antara pelajar-pelajar lain sudah lali dengan keadaan ini.
Dah tahu dah bila dengar ada orang kena rasuk, mereka (pelajar) dengan sendiri akan ambil air sembahyang dan baca Yassin di ruang tempat tinggal masing-masing.
Pernah pada satu ketika, seorang pelajar perempuan di tinggkat atas kolej terkena rasuk, tidak semena-mena ia berjangkit pula ke tingkat bawah!
Kemudian seorang lagi pelajar turut disampuk sama, menjadikan jumlahnya tiga orang! Bayangkan pada ketika itu keadaan punyalah tidak terkawal.
Dengan ada pelajar yang lemah semangat dengan tiba-tiba pengsan. Itu belum lagi ada yang menangis ketakutan.
Sampaikan pada satu tahap Yassin dan bacaan doa terpaksa dibuat di Masjid Al-Hikmah, Uitm supaya bacaan itu dapat berkumandang di seluruh Uitm.
Ada juga pada satu tahap, yang pelajar kena rasuk itu tidak dapat dipulihkan dan dia terpaksa dibawa pulang ke rumah ibu bapa.
Menurut cerita pelajar senior yang terlebih dulu tinggal di sana, terdapat sebuah tangki air yang terletak di atas bukit berhampiran kolej kediaman perempuan, mereka berkali-kali berpesan agar tidak menjejakkan kaki ke sana.
Malah, penulis sendiri pernah dengar dari mulut Ketua Residen Kolej sendiri tentang amaran berkenaan.
Tetapi biasalah, pelajar degil. Lagi cakap jangan pergi, lagilah perasaan ingin tahu itu membuak-buak.
Bukannya apa, kawasan atas bukit itu terpencil, biasanya tempat terpencil dan tidak didiami manusia akan didiami oleh siapa? Tentunya jin, iblis dan makhluk halus lain.
Selain itu, ada juga amaran mengenai jangan berjalan di tepi tasik Tun Fatimah yang menghubungkan antara kolej dan kelas pada waktu senja.
Mereka kata, Tun Fatimah suka berjalan pada malam hari untuk ambil angin! Tetapi tentang cerita tasik itu penulis tidak tahu sejauh mana kebenarannya, tak usahlah percaya seratus peratus.
Tetapi, kadang-kadang pelajar tak boleh mengelak daripada melalui tasik itu terutamanya apabila ada kelas malam atau kelas habis sekitar pukul 7pm.
Ustaz di Uitm, Lendu pernah berkata, makhluk halus suka pada orang yang lemah. Lagi-lagi pada masa minggu peperiksaan, semasa tu semua tengah stress dan berfikiran serabut.
Jadi masa tulah yang digunakan untuk masuk ke dalam tubuh manusia.
Lagi satu, perkara dirasuk ini sering berlaku kepada pelajar perempuan terutamanya apabila mereka datang bulan (period). Pada ketika itu, badan kotor dan hormon tidak stabil.
Jadi makhluk halus ini akan cuba mengambil kesempatan.
Pada pendapat penulis, ikut sajalah nasihat daripada orang yang lebih lama duduk di sana. Kalau orang dah kata jangan tu, ikutkan saja, ia bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini.
Apa-apa pun sentiasalah dekatkan diri dengan Allah SWT, kerana dia pasti melindungi umatnya. Insyallah…
(Surah Al-Aaraf, Ayat 201)
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa gangguan dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.
Oleh: KASIH ISA
ReadFull Article ..

Jumat, 27 Desember 2013

KISAH RASULULLAH MENGAJAR LELAKI KELUAR DARI KEMISKINAN



Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan. 

Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?” 


Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.” 


Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.” 


Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?” 


Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,” 


Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?” 


Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,” 


Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata,“Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.” 


Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.” 


Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.” 


Nota: 

1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198. 
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a. 
ReadFull Article ..

Senin, 16 Desember 2013

Mungkinkah Matahari Terbit Dari Barat

Investigasi lanjutan mengenai anomali-anomali 2012 tiba pada verifikasi ilmiah yang paling menggetarkan: Prediksi NASA bahwa dalam beberapa tahun ke depan ada kemungkinan terjadi perubahan kutub magnet bumi yang merupakan siklus ribuan tahun dari planet dan bintang.

Meski sulit dipercaya, sebagai contoh NASA mengatakan bahwa pada tahun 2001 bintang kita, "matahari", telah mengalami perubahan kutub tersebut. Namun karena massa matahari relatif uniform dan kita tidak tinggal disana maka manusia relatif tidak merasakan perubahan ini.

Seperti kita ketahui, bumi dapat diibaratkan sebutir telur dimana kulit telur adalah daratan dan lautan tempat kita berpijak, cairan putih telur adalah material vulkanis logam cair dan inti bumi adalah kuning telur yang merupakan logam padat bersuhu tinggi.

Dan inti bumi inilah yang memiliki medan magnet yang keluar dari kutub utara menuju kutub selatan yang dikenal dengan Sabuk Van Hallen. Medan magnet ini melindungi bumi dari sinar kosmis matahari yang memungkinkan kehidupan berjalan dengan normal.

Dalam beberapa dekade terakhir dinyatakan kutub utara telah bergeser dalam derajat yang signifikan, dan tidak ada yang bisa memastikan kapan terjadi pergeseran total kutub Utara menjadi kutub Selatan ini. Bisa dalam hitungan tahun, atau masih ratusan tahun lagi.

Bukan berarti bumi yang berputar balik, tapi karena inti bumi dan kerak bumi diisi oleh cairan, posisi inti dan keraklah yang sebenarnya berputar (Seperti kuning telur berputar didalam telur yang sedang diam).

Jadi apakah efeknya terhadap kehidupan di dunia ini? Satu hal yang bisa dipastikan adalah jarum kompas kita tidak akan lagi menunjuk ke arah utara namun mengikuti kutub magnet Utara yang sudah pindah di Selatan.
Cuma jarum kompas berubah arah? Mungkin saja. Worst scenarionya malah kemungkinan terjadi sedikit gangguan magnetik yang bisa merusak peralatan elektronik, satelit, pembangkit listrik atau piranti teknologi lainnya.

Ooh, jadi sebenarnya kita tidak perlu khawatir kan ? Seperti prediksi badai matahari di tahun 2012, upaya pemerintah mungkin lebih kepada mitigasi terhadap kerusakan peralatan GPS dan sarana telekomunikasi.
Jadi benarkah kita tidak perlu khawatir ? Coba dipikirkan lagi, apabila kutub magnetik Utara bumi ada di Selatan, darimanakah Matahari kita akan terbit ?
ReadFull Article ..