Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 01 Februari 2014
Di Negara Ini Wanita Gemuk Jadi Isteri Idaman Lelaki Hadoiii !
17 Julai 2013
ReadFull Article ..
Lelaki di dunia lainnya menginginkan wanita yang unggul, ramping, sehingga wanita terpaksa diet yang terkadang ekstrem seperti mengambil pil berbahaya atau berpuasa. Bagi wanita, badan yang unggul adalah modal yakin diri. Tetapi lain pulak di Mauritania.
Negara Mauritania terletak di Afrika Barat, berdekatan dengan Senegal. Wanita di sana didoktrin bahawa wanita cantik adalah yang berbadan gemuk. Hal ini membuat ramai wanita dari usia kecil sudah dihidangkan berbagai makanan untuk menambah berat badan. Kononnya Mauritania adalah negara yang susah mendapat akses makanan sehingga bila wanita berbadan gemuk maka dianggap sebagai simbol kekayaan dan kemakmuran.
Ibu bapa di Mauritania memaksa anak-anak perempuan mereka untuk menjadi gemuk dengan cara yang berbahaya. Mereka terus menerus diberi karbohidrat dan lemak, sehingga mengalami obesiti. Tidak hanya itu saja, setelah anak gadis mencapai dewasa yakni umur yang sesuai berkahwin maka mereka akan dihantar ke tempat penambahan lemak di sebuah padang gurun. Di sana mereka akan diberi 15,000 kalori setiap harinya. Tubuh mereka pun menjadi gemuk dan boleh mengakibatkan bermacam-macam penyakit hinggap.
Ramai lelaki di Mauritania yang hanya mau berkahwin dengan gadis gemuk. Hal ini membuat para gadis terpaksa menuruti kehendak ibu bapa mereka untuk menggemukkan badan. Bila mereka tidak menurut akan dianggap sebagai gadis yang tak akan laku dan jari-jari tangannya akan di sepit sampai hancur. Selain terus diberi makanan, gadis-gadis di Mauritania juga diberi pil yang sepatutnya tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia.
Seorang wartawan dari Amerika ditugaskan ke Mauritania untuk menyiasat masalah ini bagi film dokumentari berseri. Menurut Morton, wanita-wanita di Mauritania memiliki bentuk tubuh yang tidak seimbang dengan perut, wajah, dan payudara yang besar, tetapi bahagian lengan dan kaki mereka kecil. "Mereka sekarang terlihat lebih seperti anjing laut daripada manusia." Sungguh menyedihkan ketika sesuatu yang dipaksakan dengan berbagai cara, akhirnya merugikan dan membahayakan.
Schalk Van Zuydam / AP
Women and men exercise around a sports stadium in the city of Nouakchott, Mauritania. Husbands often get upset when their wives try to shed weight because the desert culture prizes corpulence.
Jumat, 27 Desember 2013
KISAH RASULULLAH MENGAJAR LELAKI KELUAR DARI KEMISKINAN

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.
Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”
Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”
Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”
Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”
Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata,“Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”
Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”
Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.
Label:
dari,
keluar,
kemiskinan,
kisah,
lelaki,
mengajar,
rasulullah
Langganan:
Postingan (Atom)