Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 01 Februari 2014
Di Negara Ini Wanita Gemuk Jadi Isteri Idaman Lelaki Hadoiii !
17 Julai 2013
ReadFull Article ..
Lelaki di dunia lainnya menginginkan wanita yang unggul, ramping, sehingga wanita terpaksa diet yang terkadang ekstrem seperti mengambil pil berbahaya atau berpuasa. Bagi wanita, badan yang unggul adalah modal yakin diri. Tetapi lain pulak di Mauritania.
Negara Mauritania terletak di Afrika Barat, berdekatan dengan Senegal. Wanita di sana didoktrin bahawa wanita cantik adalah yang berbadan gemuk. Hal ini membuat ramai wanita dari usia kecil sudah dihidangkan berbagai makanan untuk menambah berat badan. Kononnya Mauritania adalah negara yang susah mendapat akses makanan sehingga bila wanita berbadan gemuk maka dianggap sebagai simbol kekayaan dan kemakmuran.
Ibu bapa di Mauritania memaksa anak-anak perempuan mereka untuk menjadi gemuk dengan cara yang berbahaya. Mereka terus menerus diberi karbohidrat dan lemak, sehingga mengalami obesiti. Tidak hanya itu saja, setelah anak gadis mencapai dewasa yakni umur yang sesuai berkahwin maka mereka akan dihantar ke tempat penambahan lemak di sebuah padang gurun. Di sana mereka akan diberi 15,000 kalori setiap harinya. Tubuh mereka pun menjadi gemuk dan boleh mengakibatkan bermacam-macam penyakit hinggap.
Ramai lelaki di Mauritania yang hanya mau berkahwin dengan gadis gemuk. Hal ini membuat para gadis terpaksa menuruti kehendak ibu bapa mereka untuk menggemukkan badan. Bila mereka tidak menurut akan dianggap sebagai gadis yang tak akan laku dan jari-jari tangannya akan di sepit sampai hancur. Selain terus diberi makanan, gadis-gadis di Mauritania juga diberi pil yang sepatutnya tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia.
Seorang wartawan dari Amerika ditugaskan ke Mauritania untuk menyiasat masalah ini bagi film dokumentari berseri. Menurut Morton, wanita-wanita di Mauritania memiliki bentuk tubuh yang tidak seimbang dengan perut, wajah, dan payudara yang besar, tetapi bahagian lengan dan kaki mereka kecil. "Mereka sekarang terlihat lebih seperti anjing laut daripada manusia." Sungguh menyedihkan ketika sesuatu yang dipaksakan dengan berbagai cara, akhirnya merugikan dan membahayakan.
Schalk Van Zuydam / AP
Women and men exercise around a sports stadium in the city of Nouakchott, Mauritania. Husbands often get upset when their wives try to shed weight because the desert culture prizes corpulence.
Selasa, 24 Desember 2013
Tak Puas Hati Hasil Rompakan Isteri Dirogol Depan Suami

Tak Puas Hati Hasil Rompakan, Isteri Dirogol Depan Suami - TANGKAK : Sekumpulan empat perompak bertindak kejam dengan bukan saja memecah masuk sebuah rumah dan merompak, malah turut merogol seorang suri rumah berusia 40-an di depan suami mangsa dan anak perempuannya berusia 11 tahun, dalam kejadian di Bukit Gambir, dekat sini, awal pagi Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, seorang perompak yang tidak memakai sebarang topeng dan dipercayai warga Indonesia dikatakan bertindak merogol mangsa selepas tidak berpuas hati dengan hasil rompakan yang mereka peroleh.
Difahamkan kumpulan itu memecah masuk rumah itu yang terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan kebun kelapa sawit, dengan memotong pintu gerigi pintu belakang sebelum memasuki bilik mangsa yang ketika itu tidur bersama suami dan anak perempuannya, manakala empat lagi anak pasangan itu berusia antara lapan tahun hingga 17 tahun tidur di bilik bersebelahan.
Kumpulan perompak itu kemudian menggeledah rumah berkenaan sebelum merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM1,000, barang kemas dan empat telefon bimbit yang semuanya bernilai lebih RM3,000.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata perompak itu melarikan diri dengan menggunakan Proton Wira milik mangsa sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan di tepi jalan berhampiran kawasan Pagoh, iaitu kira-kira 20 kilometer daripada tempat kejadian.
Katanya, kemudian kumpulan perompak itu melarikan diri mungkin dengan menggunakan kenderaan lain atau berjalan kaki dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
“Setakat ini kita tidak dapat memastikan sama ada kumpulan itu melarikan diri dengan menggunakan kenderaan lain atau berjalan kaki kerana kita masih menjalankan siasatan lanjut kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di 06-9781222 atau balai polis berhampiran. – paapaada.blogspot
Selasa, 17 Desember 2013
Isteri anak diarah bercuti agar dia dapat kahwin lagi
myMetro
Dubai: Seorang lelaki dari Ras Al-Khaimah membeli tiket kapal terbang untuk isteri dan tiga anaknya sebelum meminta wanita itu pergi bercuti dengan anak mereka. Apabila si isteri pulang ke rumah, dia mendapati suaminya bersikap pemurah kerana mahu berkahwin lagi.
Wanita itu memberitahu pusat panduan keluarga bandar raya itu bahawa dia tidak marah dengan perkahwinan suaminya, tetapi sedih kerana melayannya sebagai wanita bodoh.
“Dia kata dia tidak berasa sedih walaupun suaminya berkahwin dengan perempuan lain. Dia hanya sedih kerana lelaki itu melayannya seperti wanita lurus bendul. Katanya, dia dan anak mereka terlepas perkahwinan suaminya serta tidak dapat memberikan restu ketika perkahwinan itu,” lapor akhbar harian berbahasa Arab, AlKhaleej, memetik kenyataan pengerusi pusat itu, Jassim al-Makki. Jassim berkata, wanita itu juga mengadu bahawa suaminya tidak lagi adil kepada dirinya dan anak mereka kerana berat sebelah terhadap isteri barunya.
”Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini kerana wanita itu kelihatan sangat memahami...dia hanya ingin kehidupan yang bahagia untuk diri sendiri, anak-anak, suami dan isteri baru lelaki itu,” katanya. - Gulf News
Langganan:
Postingan (Atom)