Tampilkan postingan dengan label rombongan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rombongan. Tampilkan semua postingan
Rabu, 12 Februari 2014
Rombongan Adinda Agong Diserang Di Phuket Seorang Cedera Dipukul

ALOR SETAR – Pembantu khas Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah diserang empat lelaki di resort lima bintang di Phuket, Thailand dalam kejadian Rabu lalu.
Mangsa, Mohd Sobri Said cedera di kepala, namun dilapor stabil.
Menurut laporan Phuket Wan, mangsa dipukul empat lelaki ketika memasuki bilik hotel yang sepatutnya didiami Tunku Annuar, yang merupakan adinda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Sebelum itu, mangsa menyarankan agar dibuat pertukaran bilik hotel berikutan bimbang perkara tidak diingini berlaku kepada Tunku Annuar, tengah malam kejadian.
Ketika mangsa berjalan masuk ke dalam bilik itu, dia diserang termasuk dipukul teruk di kepala sehingga berdarah.
Menurut maklumat awal polis Thailand, mangsa mendakwa diserang empat lelaki berbangsa Thai dan Malaysia. Suspek dipercayai guna kad akses bilik hotel untuk masuk ke bilik jam 10.30 malam.
Ketua Istiadat Istana Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, sejurus kejadian, Tunku Annuar dan rombongan terus pulang ke negara ini.
“Saya dimaklum tiada kecederaan babitkan ahli rombongan lain termasuk tiada barangan berharga dicuri. Beliau segera pulang bagi memastikan keselamatan beliau dan rombongan,” katanya.
Tunku Annuar berada di Phuket sejak 27 Mei menghadiri persembahan FantaSea untuk menerima plak kenangan daripada penganjur, pada malam sebelum kejadian.
Rombongan kerabat itu menempah 10 bilik hotel di Patong’s Millennium Resort bersebelahan Komplek Beli Belah Jungceylon.
Dalam perkembangan sama, tiga lelaki ditahan di Sadao, Songkhla, petang semalam dipercayai ada kaitan dengan serangan terbabit.
Komander Polis Phuket, Mejar Jeneral Chote Chawanwiwat berkata, suspek turut curi pasport, kad pengenalan Malaysia, sebuah iPhone5, 14,660 baht dan RM640.
“Dua daripada empat lelaki yang menyerang mangsa ditahan dan dibawa ke Phuket untuk siasatan.
Seorang daripada mereka ditahan di sempadan Sadao dan seorang lagi di Wilayah Trang,” katanya, yang dipetik dari Phuket Wan.
Seorang daripada mereka ditahan di sempadan Sadao dan seorang lagi di Wilayah Trang,” katanya, yang dipetik dari Phuket Wan.
Suspek yang ditahan dikenali sebagai Prakong Lisopa, 31, dan Sakorn Sisopa, 30.
“Dua lagi yang diburu adalah rakyat Malaysia. Motif serangan masih dalam siasatan, termasuk sama ada serangan disasarkan kepada Tunku Annuar atau pembantu khas beliau,” katanya. – SINAR HARIAN
Rabu, 01 Januari 2014
Guna taktik naik bas rombongan

KOTA BHARU - Taktik penguat kuasa Jabatan Imigresen Kelantan menggunakan bas rombongan, sebelum menyerbu dua pusat hiburan di Gua Musang berjaya menahan 20 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing, dipercayai melakukan aktiviti tidak bermoral di kawasan itu, di sini, pagi kelmarin.
Serbuan disertai tiga pegawai dan 20 anggota penguat kuasa, bermula sekitar jam 9 malam hingga 5 pagi itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam terhadap kehadiran gadis terbabit yang dijadikan alat untuk melariskan perniagaan di pusat berkenaan.
Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen negeri, Abdul Basek Abu Bakar berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan semua gadis berusia 15 hingga 48 tahun, yang sedang leka melayan pelanggan masing-masing di dalam pusat hiburan tersebut.
“Kehadiran anggota penguat kuasa tidak disedari mereka dan bertindak atas kelekaan mereka itu, maka kita berjaya menahan semuanya walaupun pada mulanya berlaku sedikit pergelutan dan kekecohan, namun dapat ditangani.
“Daripada 20 wanita terbabit, 18 daripadanya warga Thailand, manakala dua pula warga Kemboja,” katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen Telipot, di sini semalam.
Abdul Basek berkata, walaupun sebelum ini, sebuah pusat di kawasan berkenaan pernah diserbu, namun pemiliknya masih lagi berdegil dan menjalankan perniagaan terbabit dengan menggunakan khidmat GRO.
Katanya, semua gadis terbabit ditahan di Pejabat Imigresen Telipot dan akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.
“Dalam kes ini, 19 gadis tersebut ditahan di bawah Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan dan seorang ditahan di bawah Peraturan 6(1)C Akta Imigresen kerana tidak mempunyai permit.
"Sepanjang tahun ini sahaja, seramai 6,353 warga asing diperiksa dan 999 orang ditahan atas pelbagai kesalahan, bukan sahaja GRO, malah pekerja yang turut menjadi buruh di beberapa di lokasi penempatan dan pemeriksaan atas bas yang membawa mereka masuk ke negeri ini," katanya.

sumber:
Langganan:
Postingan (Atom)