Selasa, 31 Desember 2013
SUSULAN RASUK Kisah UiTM Lendu Dari Kacamata Bekas Pelajar

**Bahan di bawah dikarang oleh salah seorang wartawan Mynewsub yang merupakan bekas pelajar UiTM Lendu, Melaka.
Tidak sangka nama Universiti Teknologi Mara (Uitm) Lendu, Melaka tiba-tiba menjadi popular bukan sebab kisah pelajanya mencipta rekod bersejarah atau sebagainya, tetapi kisah hantu!
Sebenarnya, kisah Uitm Lendu berhantu sudah wujud sejak sekian lama lagi, tapi tidak sangka ia mendapat perhatian luas sejak malam tadi apabila terus trending di Twitter.
Terus terang penulis katakan, kejadian pelajar dirasuk, histeria atau sasau (menjadi gila) memang benar-benar berlaku dan ia bukan cerita dongeng.
Penulis yang pernah menuntut di sana selama tiga tahun turut pernah berhadapan dengan situasi begini, tetapi bukan penulis dirasuk sebaliknya kawan terdekat.
Sepanjang belajar di sana, hampir dua atau tiga bulan sekali ada saja pelajar yang akan terkena penyakit rasuk ini.
Mereka yang dirasuk ini memang mempunyai kuasa luar biasa, dengan tiba-tiba akan menjadi kuat dan sukar dikawal.
Percakapan pula ada yang boleh difahami dan ada pula yang sepatah apa pun tak faham.
Antara kata-kata yang dikeluarkan pelajar itu adalah ‘Jangan ganggu tempat aku!’, ‘Jangan baca (Yassin) aku panas’, ‘Kau banyak dosa’, dan ‘Dia ada dekat situ’.
Lebih teruk ada yang meracau sampai nak terjun dari tingkat empat kolej kediaman, mujur ada kawan-kawan lain yang mengawal keadaan.
Pasal pelajar berlari-lari dari satu tingkat ke satu tingkat pernah juga penulis dengar, tapi penulis tidak melihat dengan mata sendiri jadi agak sukar untuk mengambarkan keadaan pada masa itu.
Sementara itu, kejadian pelajar diirasuk akan berlaku sekitar waktu peralihan masa seperti waktu Zohor, Maghrib dan pukul 12 tengah malam serta ia memakan masa hingga berjam lamanya untuk pelajar berkenaan pulih.
Sampaikan ada di antara pelajar-pelajar lain sudah lali dengan keadaan ini.
Dah tahu dah bila dengar ada orang kena rasuk, mereka (pelajar) dengan sendiri akan ambil air sembahyang dan baca Yassin di ruang tempat tinggal masing-masing.
Pernah pada satu ketika, seorang pelajar perempuan di tinggkat atas kolej terkena rasuk, tidak semena-mena ia berjangkit pula ke tingkat bawah!
Kemudian seorang lagi pelajar turut disampuk sama, menjadikan jumlahnya tiga orang! Bayangkan pada ketika itu keadaan punyalah tidak terkawal.
Dengan ada pelajar yang lemah semangat dengan tiba-tiba pengsan. Itu belum lagi ada yang menangis ketakutan.
Sampaikan pada satu tahap Yassin dan bacaan doa terpaksa dibuat di Masjid Al-Hikmah, Uitm supaya bacaan itu dapat berkumandang di seluruh Uitm.
Ada juga pada satu tahap, yang pelajar kena rasuk itu tidak dapat dipulihkan dan dia terpaksa dibawa pulang ke rumah ibu bapa.
Menurut cerita pelajar senior yang terlebih dulu tinggal di sana, terdapat sebuah tangki air yang terletak di atas bukit berhampiran kolej kediaman perempuan, mereka berkali-kali berpesan agar tidak menjejakkan kaki ke sana.
Malah, penulis sendiri pernah dengar dari mulut Ketua Residen Kolej sendiri tentang amaran berkenaan.
Tetapi biasalah, pelajar degil. Lagi cakap jangan pergi, lagilah perasaan ingin tahu itu membuak-buak.
Bukannya apa, kawasan atas bukit itu terpencil, biasanya tempat terpencil dan tidak didiami manusia akan didiami oleh siapa? Tentunya jin, iblis dan makhluk halus lain.
Selain itu, ada juga amaran mengenai jangan berjalan di tepi tasik Tun Fatimah yang menghubungkan antara kolej dan kelas pada waktu senja.
Mereka kata, Tun Fatimah suka berjalan pada malam hari untuk ambil angin! Tetapi tentang cerita tasik itu penulis tidak tahu sejauh mana kebenarannya, tak usahlah percaya seratus peratus.
Tetapi, kadang-kadang pelajar tak boleh mengelak daripada melalui tasik itu terutamanya apabila ada kelas malam atau kelas habis sekitar pukul 7pm.
Ustaz di Uitm, Lendu pernah berkata, makhluk halus suka pada orang yang lemah. Lagi-lagi pada masa minggu peperiksaan, semasa tu semua tengah stress dan berfikiran serabut.
Jadi masa tulah yang digunakan untuk masuk ke dalam tubuh manusia.
Lagi satu, perkara dirasuk ini sering berlaku kepada pelajar perempuan terutamanya apabila mereka datang bulan (period). Pada ketika itu, badan kotor dan hormon tidak stabil.
Jadi makhluk halus ini akan cuba mengambil kesempatan.
Pada pendapat penulis, ikut sajalah nasihat daripada orang yang lebih lama duduk di sana. Kalau orang dah kata jangan tu, ikutkan saja, ia bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini.
Apa-apa pun sentiasalah dekatkan diri dengan Allah SWT, kerana dia pasti melindungi umatnya. Insyallah…
(Surah Al-Aaraf, Ayat 201)
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa gangguan dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa gangguan dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.
Oleh: KASIH ISA
Umno khianati Melayu sejak sebelum merdeka
Harakahdaily
| Rossem, | 25 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Apa yang sering dibangkitkan pemimpin Umno setiap kali menjelang pilihan raya umum, orang Melayu dan Islam kononnya berada dalam keadaan terancam.
Bagi mereka situasi itu tidak mungkin berlaku sekiranya Umno masih berkuasa.
“Walhal Umno sudah tidak berupaya menjaga kepentingan orang Melayu. Jumlah orang Melayu murtad seperti pernah disebut Mufti Perak mencecah 250,000. Ini satu jumlah yang menggerunkan.
“Sejarah pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sebenarnya bermula sebelum kemerdekaan apabila memenjarakan tokoh-tokoh awal pejuang kemerdekaan termasuk Dr Burhanuddin Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi.“Umno memadamkan nama tokoh-tokoh pelopor kemerdekaan. Itulah pengkhianatan awal dilakukan Umno terhadap orang Melayu,” kata anggota Exco kerajaan negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar).
Bercakap pada Wacana Perdana di sini malam tadi katanya, kerajaan BN yang didominasi Umno tidak menambah jumlah kerusi di kawasan majoriti Melayu dan memecah populasi antara kaum.
Menurutnya kerusi Melayu sepatutnya ditambah sejak 1986 selaras dengan pertambahan jumlah penduduk.
Kelantan yang mempunyai 95 peratus orang Melayu tidak ditambah kerusi parlimen dan sejak PRU 2004.
Begitu juga Terengganu, Kedah dan Perlis tiada tambahan kerusi Parlimen dan Dun sejak 1986.
Kata beliau tujuan Umno tidak melakukan pertambahan kerusi di kawasan majoriti Melayu kerana dibimbangi dimenangi PAS, memandangkan senario politik orang Melayu pada 1999 tidak memihak kepada Umno.
Beliau juga meluahkan rasa hairan Umno pernah mendapat kerusi majoriti di Pulau Pinang, namun jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan.
Oleh itu Dr Fadzli mengajak orang-orang Melayu bersatu bersama wadah perjuangan Islam kerana PAS ada cara tersendiri menyelesaikan umat manusia.
Wacana Perdana siri ke-11 itu turut menampilkan mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, ulama muda Umno, Fathul Bari dan pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia. Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah. Manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator.
template joomla
Berkahwin 22 Kali Sambil Kelilingi Dunia

LONDON : Agak pelik tetapi benar kisah Alex Pelling, 32, dan isterinya, Lisa Grant, 30, meraikan ikatan cinta mereka dengan berkahwin dalam 22 majlis di negara berlainan dan kini masih berbaki lapan majlis yang belum dilalui.
Pasangan yang bercinta lebih 11 tahun daripada Yorkshire, Britain memulakan pengembaraan sejak musim panas tahun lalu dengan melakukan 22 upacara pernikahan mengikut adat negara yang dijejaki.
Setakat ini, mereka melalui beberapa majlis pernikahan seperti dikelilingi ikan lumba-lumba di Hawaii, berpakaian pontianak di Los Angeles, pernikahan adat di kepulauan Honduras, di kebun anggur Quebec, di pantai Mexico, dan 15 lokasi lain di dunia. – Sinar Harian
Senin, 30 Desember 2013
Rakan Ajak Sara Amelia Tukar Agama Untuk Masuk Pertandingan Ratu Cantik!

Sesetengah orang melakukan kesilapan kerana sudah tahu tapi mahu menegakkan benang basah manakala sesetengahnya pula, disebabkan jahil atau kurang arif tentang sesuatu perkara.
Bagi kesilapan disebabkan alasan kedua, maka peluang untuk belajar dan disedarkan harus diberi bukannya terus mengutuk atau mencaci. Apatah lagi dalam Islam, kita dianjurkan untuk menyayangi saudara seugama. Seperti firman Allah Taala:
“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. (Al Hujuraat: 10)
Terdapat juga hadis dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda:
“Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya”. [HR Bukhari dan Muslim]
Maka dalam kes Ratu Cantik Malaysia yang sedang hangat diperkatakan sekarang, pendekatan berhemah seharusnya digunakan oleh masyarakat Islam negara ini setiap kali memberikan komen apatah lagi di bulan Ramadan, di mana Allah Taala membuka seluas-luasnya peluang mendapat keampunan kepada hambaNya.
Apatah lagi dalam keadaan sekarang, keempat-empat gadis muslim yang digugurkan nama mereka daripada pertandingan Ratu Cantik Malaysia sudah tentu sedang gundah dan kecewa.
Hal ini kerana jika mereka benar-benar memahami Islam, sudah tentu dari awal mereka tidak akan memasuki pertandingan seperti ini. Malah ‘ketidaktahuan’ itu dibuktikan dengan kenyataan salah seorang mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, yang mendakwa fatwa melarang wanita muslim memasuki Ratu Cantik sudah ketinggalan zaman.
Maka sepatutnya, Sara dan 3 lagi peserta ini dipanggil oleh pihak yang sesuai, lalu diberikan penjelasan lanjut dari sudut agama mengapa wanita Islam dilarang memasuki pertandingan ratu cantik.
Maklumlah apabila isu agama diperkatakan secara umum dan berlandaskan logik semata-mata, ia sangatlah tidak kena. Bayangkan, individu yang bukan Islam (penganjur pertandingan – Datin Anna Lim) pun berani mengeluarkan kenyataan kepada orang Islam sendiri (Sara) bahawa dia akan berusaha bertemu Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi bagi meminta penjelasan di bahagian mana dalam Al Quran menyatakan berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik.
Astaghfirullah, individu yang bukan Islam dan penganut Islam yang tidak dekat dengan agama pastilah akan bersandar pada logik semata-mata dalam mengulas isu agama sedangkan sesuatu yang halal dan haram di sisi agama tidak boleh dipertikaikan lagi!
Paling dibimbangi, pada saat-saat sekarang apabila sesama Islam lebih sibuk menyelar tindakan peserta ratu cantik yang seugama dengan kita ini, ada pihak luar mungkin mengambil kesempatan dari kerapuhan iman 4 wanita Islam ini. Lihatlah saja komen-komen yang dibuat rakan-rakan Sara di laman Facebooknya ini:


Jadi kepada pihak berkenaan, menjadi tugas anda untuk memberi kesedaran secara berhikmah kepada empat peserta wanita ratu cantik Islam ini mengapa ugama yang mereka anut tidak membenarkan perlakuan sebegini.
Manakala bagi masyarakat di luar sana pula, jagalah bahasa apabila mahu tumpang semangkuk memberi komen di mana-mana medium sosial. Janganlah mencemuh rakan seagama anda yang tersilap langkah mungkin kerana kejahilannya dalam agama. Kalau disebabkan bengang dan kecewa dengan komen anda mereka mendengar cakap pihak bukan Islam untuk menukar agama, bukankah bermakna ada ‘saham’ dosa anda juga di situ?
Pada masa sama, mungkin sudah tiba masanya undang-undang berkaitan penglibatan wanita Islam dalam mana-mana acara melibatkan aurat diselaraskan selepas ini. Di sebalik kejahilan tentang hukum agama, ada benarnya pertikaian dibawakan peserta ratu cantik ini – mengapa peserta renang atau gimrama wanita dibenarkan pula sedangkan mereka juga berpakaian lebih kurang serupa!
Fikir-fikirkan.
Oleh: REM RAMZI
OMG! OTAK MANUSIA BERFUNGSI

Subhanallah. Hebatkan kuasa Allah S.W.T. Inilah otak manusia yang masih lagi hidup. Macam mana organ sekecil ini mampu mengawal segala aktiviti seharian kita. Unless, pembaca beritahangit ni terdiri daripada makhluk alam lain. Hehehe ;3
7 Negara Paling Tua Di Dunia
7. SWITZERLAND / Swiss ( BERDIRI TAHUN 1291 )

Ibu Kota : Bern
Sistem Pemerintahan : Federal
adalah sebuah negara federal berisi 26 canton di Eropa Tengah yang berbatasan dengan Jerman, Perancis, Italia, Liechtenstein dan Austria. Swiss adalah negara yang sebagian besar
wilayahnya terdiri dari Pegunungan Alpen.
Sistem Pemerintahan : Federal
adalah sebuah negara federal berisi 26 canton di Eropa Tengah yang berbatasan dengan Jerman, Perancis, Italia, Liechtenstein dan Austria. Swiss adalah negara yang sebagian besar
wilayahnya terdiri dari Pegunungan Alpen.
6. ANDORRA ( BERDIRI TAHUN 1278 )
Ibu Kota : Andorra la Vella
Sistem Pemerintahan : Federal
sebuah kepangeranan kecil yang terletak di Eropa bagian barat daya, di timur bantaran Sungai Pirenea dan berbatasan dengan Perancis dan Spanyol. Negara mewah ini terkenal dengan sektor pariwisata dan status bebas cukai. Andorra merupakan sebagian dari negara-negara Katalan.
Sistem Pemerintahan : Federal
sebuah kepangeranan kecil yang terletak di Eropa bagian barat daya, di timur bantaran Sungai Pirenea dan berbatasan dengan Perancis dan Spanyol. Negara mewah ini terkenal dengan sektor pariwisata dan status bebas cukai. Andorra merupakan sebagian dari negara-negara Katalan.
5. PORTUGAL ( BERDIRI TAHUN 1143 )

Ibu Kota : Lisboa
Sistem Pemerintahan : Republik
Sebuah negara di Eropa bagian barat daya. Negara ini berbatasan dengan Spanyol di sebelah utara dan timur. Di sebelah barat berbatasan dengan Samudra Atlantik. Selain itu, Portugal juga mempunyai daerah di Madeira, Azores dan Kepulauan Selvagens.
Sistem Pemerintahan : Republik
Sebuah negara di Eropa bagian barat daya. Negara ini berbatasan dengan Spanyol di sebelah utara dan timur. Di sebelah barat berbatasan dengan Samudra Atlantik. Selain itu, Portugal juga mempunyai daerah di Madeira, Azores dan Kepulauan Selvagens.
4. DENMARK ( BERDIRI TAHUN 950 )
Ibu Kota : Copenhagen
Sistem Pemerintahan : Monarki konstitusional
Kerajaan Denmark (bahasa Denmark: Kongeriget Danmark) adalah negara Nordik yang paling kecil dan paling selatan. Denmark terletak di sebelah barat daya dari Swedia dan selatan dari Norwegia. Negara ini terletak di Skandinavia, Eropa Utara sehingga termasuk Uni Eropa namun tidak berada di Semenanjung Skandinavia.
Sistem Pemerintahan : Monarki konstitusional
Kerajaan Denmark (bahasa Denmark: Kongeriget Danmark) adalah negara Nordik yang paling kecil dan paling selatan. Denmark terletak di sebelah barat daya dari Swedia dan selatan dari Norwegia. Negara ini terletak di Skandinavia, Eropa Utara sehingga termasuk Uni Eropa namun tidak berada di Semenanjung Skandinavia.
3. BULGARIA ( BERDIRI TAHUN 632 )
Ibu Kota : Sofia
Sistem Pemerintahan : Federal
Adalah sebuah negara di Eropa Tenggara. Bulgaria berbatasan dengan lima negara: Rumania di utara (sebagian besarnya di sepanjang Sungai Donau), Serbia, dan Republik Makedonia di barat, dan Yunani dan Turki di selatan. Laut Hitam membatasi negara ini di sebelah timur.
Sistem Pemerintahan : Federal
Adalah sebuah negara di Eropa Tenggara. Bulgaria berbatasan dengan lima negara: Rumania di utara (sebagian besarnya di sepanjang Sungai Donau), Serbia, dan Republik Makedonia di barat, dan Yunani dan Turki di selatan. Laut Hitam membatasi negara ini di sebelah timur.
2. PERANCIS ( BERDIRI TAHUN 486 )
Ibu Kota : Paris
Sistem Pemerintahan : Republik
Merupakan sebuah negara yang teritori metropolitannya terletak di Eropa Barat dan juga memiliki berbagai pulau dan teritori seberang laut yang terletak di benua lain.[1] Perancis Metropolitan memanjang dari Laut Mediterania hingga Selat Inggris dan Laut Utara, dan dari Rhine ke Samudera Atlantik. Orang Perancis sering menyebut Perancis Metropolitan sebagai “L’Hexagone” (“Heksagon”) karena bentuk geometris teritorinya. Perancis adalah sebuah republik kesatuan semi-presidensia yang tidak punya presiden. Ideologi utamanya tercantum dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Warga Negara.
Sistem Pemerintahan : Republik
Merupakan sebuah negara yang teritori metropolitannya terletak di Eropa Barat dan juga memiliki berbagai pulau dan teritori seberang laut yang terletak di benua lain.[1] Perancis Metropolitan memanjang dari Laut Mediterania hingga Selat Inggris dan Laut Utara, dan dari Rhine ke Samudera Atlantik. Orang Perancis sering menyebut Perancis Metropolitan sebagai “L’Hexagone” (“Heksagon”) karena bentuk geometris teritorinya. Perancis adalah sebuah republik kesatuan semi-presidensia yang tidak punya presiden. Ideologi utamanya tercantum dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Warga Negara.
1. SAN MARINO ( BERDIRI TAHUN 301 )
Ibu Kota : San Marino
Sistem Pemerintahan : Republik
Republik San Marino merupakan negara terkecil ke lima di dunia dan dikelilingi oleh Italia tepatnya di sebelah utara berbatasan dengan provinsi Rimini, daerah Emilia-Romagna dan di sebelah selatan provinsi Pesaro dan Urbino, daerah Marche.
Sistem Pemerintahan : Republik
Republik San Marino merupakan negara terkecil ke lima di dunia dan dikelilingi oleh Italia tepatnya di sebelah utara berbatasan dengan provinsi Rimini, daerah Emilia-Romagna dan di sebelah selatan provinsi Pesaro dan Urbino, daerah Marche.
San Marino adalah negara republik konstitusional tertua di dunia, dibentuk pada 3 September 301 oleh Santo Marinus dari Rab, seorang tukang batu Kristiani yang kabur pada saat persekusi agama oleh Kaisar Romawi Diocletian. Konstitusi San Marino diberlakukan pada 1600, adalah konstitusi tertua di dunia yang masih berlaku.
Minggu, 29 Desember 2013
Palsukan Kematian Ayah Untuk Pinjam Wang
7 Jul 2013
SINGAPURA, KOMPAS.com - Chia Wei Jian tega memalsukan kematian ayahnya demi untuk meminjam wang. Dengan alasan memerlukan biaya pengkebumian, empat temannya pun meminjamkan Chia wang sebesar 9,000 dollar Singapura.
Straits Times, 7/7/2013 melaporkan, penipuan dimulai ketika lelaki berumur 28 ini menelepon teman baiknya, Loh Chung Howe. Sambil berurai air mata yang jelas-jelas palsu, Chia memberitahukan kematian ayahnya.
Mengaku kekurangan dana untuk mengirim ayahnya ke “tempat perhentiannya” yang terakhir, Chia memohonkan bantuan. Dengan sigap Loh segera meminjamkan 3,000 dollar Singapura. Yang semakin “luar biasa” pelaku memberitahu Loh tempat di mana ayahnya sedang disemayamkan.
Loh pun kemudian bergerak ke alamat rumah sosial yang diberikan, hanya untuk menemukan bahawa tidak ada nama ayah temannya itu.
Mulai curiga, Loh segera menghubungi tiga temannya yang juga meminjamkan wang kepada Chia. Merasakan ada yang tidak beres, mereka memutuskan mengunjungi rumah pelaku. Betapa terkejutnya mereka ketika yang membuka pintu adalah ayah Chia sendiri.
Ayah korban juga bukan main terkejut ketika diberitahu. Kebohongan puteranya itu akhirnya terungkap. Pelaku yang bekerja sehari-hari sebagai pakar IT itu diciduk. Hukuman denda 8,000 dolar pun dijatuhkan.
Bukan sekali ini, pelaku melakukanpenipuan yang jelas-jelas tidak dapat ditoleransi ini. Dia juga sebelumnya pernah membohongi teman lain dengan alasan dia kecurian wang dan terlibat langgar lari.
Laporan memberitakan Chia sedang terbelit hutang setelah mengalami kerugian besar dalam perdagangan saham.
Langganan:
Postingan (Atom)