Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » Guna taktik naik bas rombongan

Guna taktik naik bas rombongan






KOTA BHARU - Taktik penguat kuasa Jabatan Imigresen Kelantan menggunakan bas rombongan, sebelum menyerbu dua pusat hiburan di Gua Musang berjaya menahan 20 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing, dipercayai melakukan aktiviti tidak bermoral di kawasan itu, di sini, pagi kelmarin.
Serbuan disertai tiga pegawai dan 20 anggota penguat kuasa, bermula sekitar jam 9 malam hingga 5 pagi itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam terhadap kehadiran gadis terbabit yang dijadikan alat untuk melariskan perniagaan di pusat berkenaan.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen negeri, Abdul Basek Abu Bakar berkata, dalam serbuan itu,  pihaknya menahan semua gadis berusia 15 hingga 48 tahun, yang sedang leka melayan pelanggan masing-masing di dalam pusat hiburan tersebut.

“Kehadiran anggota penguat kuasa tidak disedari mereka dan bertindak atas kelekaan mereka itu, maka kita berjaya menahan semuanya walaupun pada mulanya berlaku sedikit pergelutan dan kekecohan, namun dapat ditangani.


“Daripada 20 wanita terbabit, 18 daripadanya warga Thailand, manakala dua pula warga Kemboja,” katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen Telipot, di sini semalam.

Abdul Basek berkata, walaupun sebelum ini, sebuah pusat di kawasan berkenaan pernah diserbu, namun pemiliknya masih lagi berdegil dan menjalankan perniagaan terbabit dengan menggunakan khidmat GRO.

Katanya, semua gadis terbabit ditahan di Pejabat Imigresen Telipot dan akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Dalam kes ini, 19 gadis tersebut ditahan di bawah Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan dan seorang ditahan di bawah Peraturan 6(1)C Akta Imigresen kerana tidak mempunyai permit.

"Sepanjang tahun ini sahaja, seramai 6,353 warga asing diperiksa dan 999 orang ditahan atas pelbagai kesalahan, bukan sahaja GRO, malah pekerja yang turut menjadi buruh di beberapa di lokasi penempatan dan pemeriksaan atas bas yang membawa mereka masuk ke negeri ini," katanya.

sumber:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar