Selasa, 31 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » SUSULAN RASUK Kisah UiTM Lendu Dari Kacamata Bekas Pelajar

SUSULAN RASUK Kisah UiTM Lendu Dari Kacamata Bekas Pelajar

Kisah UiTM Lendu Dari Kacamata Bekas Pelajar


**Bahan di bawah dikarang oleh salah seorang wartawan Mynewsub yang merupakan bekas pelajar UiTM Lendu, Melaka.
Tidak sangka nama Universiti Teknologi Mara (Uitm) Lendu, Melaka tiba-tiba menjadi popular bukan sebab kisah pelajanya mencipta rekod bersejarah atau sebagainya, tetapi kisah hantu!
Sebenarnya, kisah Uitm Lendu berhantu sudah wujud sejak sekian lama lagi, tapi tidak sangka ia mendapat perhatian luas sejak malam tadi apabila terus trending di Twitter.
Terus terang penulis katakan, kejadian pelajar dirasuk, histeria atau sasau (menjadi gila) memang benar-benar berlaku dan ia bukan cerita dongeng.
Penulis yang pernah menuntut di sana selama tiga tahun turut pernah berhadapan dengan situasi begini, tetapi bukan penulis dirasuk sebaliknya kawan terdekat.
Sepanjang belajar di sana, hampir dua atau tiga bulan sekali ada saja pelajar yang akan terkena penyakit rasuk ini.
Mereka yang dirasuk ini memang mempunyai kuasa luar biasa, dengan tiba-tiba akan menjadi kuat dan sukar dikawal.
Percakapan pula ada yang boleh difahami dan ada pula yang sepatah apa pun tak faham.
Antara kata-kata yang dikeluarkan pelajar itu adalah ‘Jangan ganggu tempat aku!’, ‘Jangan baca (Yassin) aku panas’, ‘Kau banyak dosa’,  dan ‘Dia ada dekat situ’.
Lebih teruk ada yang meracau sampai nak terjun dari tingkat empat kolej kediaman, mujur ada kawan-kawan lain yang mengawal keadaan.
Pasal pelajar berlari-lari dari satu tingkat ke satu tingkat pernah juga penulis dengar, tapi penulis tidak melihat dengan mata sendiri jadi agak sukar untuk mengambarkan keadaan pada masa itu.
Sementara itu, kejadian pelajar diirasuk akan berlaku sekitar waktu peralihan masa seperti waktu Zohor, Maghrib dan pukul 12 tengah malam serta ia memakan masa hingga berjam lamanya untuk pelajar berkenaan pulih.
Sampaikan ada di antara pelajar-pelajar lain sudah lali dengan keadaan ini.
Dah tahu dah bila dengar ada orang kena rasuk, mereka (pelajar) dengan sendiri akan ambil air sembahyang dan baca Yassin di ruang tempat tinggal masing-masing.
Pernah pada satu ketika, seorang pelajar perempuan di tinggkat atas kolej terkena rasuk, tidak semena-mena ia berjangkit pula ke tingkat bawah!
Kemudian seorang lagi pelajar turut disampuk sama, menjadikan jumlahnya tiga orang! Bayangkan pada ketika itu keadaan punyalah tidak terkawal.
Dengan ada pelajar yang lemah semangat dengan tiba-tiba pengsan. Itu belum lagi ada yang menangis ketakutan.
Sampaikan pada satu tahap Yassin dan bacaan doa terpaksa dibuat di Masjid Al-Hikmah, Uitm supaya bacaan itu dapat berkumandang di seluruh Uitm.
Ada juga pada satu tahap, yang pelajar kena rasuk itu tidak dapat dipulihkan dan dia terpaksa dibawa pulang ke rumah ibu bapa.
Menurut cerita pelajar senior yang terlebih dulu tinggal di sana, terdapat sebuah tangki air yang terletak di atas bukit berhampiran kolej kediaman perempuan, mereka berkali-kali berpesan agar tidak menjejakkan kaki ke sana.
Malah, penulis sendiri pernah dengar dari mulut Ketua Residen Kolej sendiri tentang amaran berkenaan.
Tetapi biasalah, pelajar degil. Lagi cakap jangan pergi, lagilah perasaan ingin tahu itu membuak-buak.
Bukannya apa, kawasan atas bukit itu terpencil, biasanya tempat terpencil dan tidak didiami manusia akan didiami oleh siapa? Tentunya jin, iblis dan makhluk halus lain.
Selain itu, ada juga amaran mengenai jangan berjalan di tepi tasik Tun Fatimah yang menghubungkan antara kolej dan kelas pada waktu senja.
Mereka kata, Tun Fatimah suka berjalan pada malam hari untuk ambil angin! Tetapi tentang cerita tasik itu penulis tidak tahu sejauh mana kebenarannya, tak usahlah percaya seratus peratus.
Tetapi, kadang-kadang pelajar tak boleh mengelak daripada melalui tasik itu terutamanya apabila ada kelas malam atau kelas habis sekitar pukul 7pm.
Ustaz di Uitm, Lendu pernah berkata, makhluk halus suka pada orang yang lemah. Lagi-lagi pada masa minggu peperiksaan, semasa tu semua tengah stress dan berfikiran serabut.
Jadi masa tulah yang digunakan untuk masuk ke dalam tubuh manusia.
Lagi satu, perkara dirasuk ini sering berlaku kepada pelajar perempuan terutamanya apabila mereka datang bulan (period). Pada ketika itu, badan kotor dan hormon tidak stabil.
Jadi makhluk halus ini akan cuba mengambil kesempatan.
Pada pendapat penulis, ikut sajalah nasihat daripada orang yang lebih lama duduk di sana. Kalau orang dah kata jangan tu, ikutkan saja, ia bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini.
Apa-apa pun sentiasalah dekatkan diri dengan Allah SWT, kerana dia pasti melindungi umatnya. Insyallah…
(Surah Al-Aaraf, Ayat 201)
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa gangguan dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.
Oleh: KASIH ISA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar