Senin, 16 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
dibunuh
»
emas
»
kejam
»
warga
»
Warga Emas Dibunuh Kejam
Warga Emas Dibunuh Kejam
KUALA LANGAT – Seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan ngeri di bilik tidurnya di Sungai Sedu, semalam.
Mayat P Sugumaran, 60, bekas pekerja kumbahan, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh anak perempuannya yang kemudian bertindak menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di tangan, belakang dan leher dipercayai akibat dikelar dengan senjata tajam.
Katanya, mangsa yang ketika itu bersendirian dipercayai bergelut dengan beberapa suspek yang cuba membunuh mangsa.
“Polis menerima maklumat kejadian pada jam 8 pagi melalui panggilan telefon dari pihak Hospital Banting memaklumkan terdapat seorang lelaki yang sudah meninggal dunia dibawa ke wad kecemasan hospital berkenaan kira-kira jam 7.20 pagi.
“Polis mendapati terdapat beberapa kesan darah menunjukkan mangsa bergelut dengan sekumpulan suspek di rumah berkenaan,” katanya.
Nordin berkata, dari siasatan awal, dipercayai dendam keluarga dalam perebutan harta menjadi punca pergaduhan tersebut.
Katanya, tangkapan telah dibuat ke atas isteri mangsa iaitu seorang suri rumah berumur dalam lingkungan 50-an untuk siasatan lanjut.
“Bagaimanapun, polis masih terus menjalankan siasatan lanjut dan bedah siasat dijalankan hari ini di Hospital Banting,” katanya.
Sementara itu, anak mangsa, P Sathiya yang juga Timbalan Setiausaha Kelab Gerak 1Malaysia (KG1M) mengatakan beliau terkejut dengan berita itu dan tidak percaya dengan kejadian menimpa mendiang bapanya. – Sinar Harian
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar