Selasa, 17 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
belasah
»
diberi
»
orang
»
polis
»
ramai
»
sebelum
»
taklimat
»
wartawan
»
Wartawan Polis diberi taklimat sebelum belasah orang ramai
Wartawan Polis diberi taklimat sebelum belasah orang ramai
(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 26 Julai: Panel siasatan Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini diberitahu, sekumpulan polis berkumpul di hadapan Dataran Merdeka untuk mendengar taklimat sebelum diarahkan memukul orang ramai pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
Saksi ke 16, Mohd Radzi Abdul Razak, 27, berkata, taklimat diberikan beberapa pegawai polis berpangkat Assistan Superintenden (ASP) dan salah seorang daripada mereka dikenali sebagai ASP Karthik.
Wartawan akhbar The Sun itu berkata, sebaik sahaja habis mendengar taklimat, polis berpecah membentuk kumpulan kecil dan memukul peserta yang memakai baju Bersih.
“Pada ketika itu, saya melihat polis berlari ke arah seorang warga emas yang memakai baju Bersih dan terus memukulnya,” katanya depan tiga panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Menurutnya, pada kejadian jam 6.30 petang itu, beberapa peserta cuba merakam gambar keganasan polis tetapi dihalang dan diarah memadamkannya.
Radzi berkata, selepas keadaan menjadi kelam kabut, beliau berundur ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Katanya, ketika sedang duduk berehat, sekumpulan tujuh anggota polis menerpa ke arah beliau dan memukulnya.
“Saya jerit dan beritahu kepada polis saya adalah wartawan tetapi mereka tidak mengendahkannya. Selepas beberapa minit, barulah mereka berhenti memukul saya,” cerita Radzi.
Selepas dibelasah, polis melarikan diri dan beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh paramedik.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar