Selasa, 17 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » Isteri anak diarah bercuti agar dia dapat kahwin lagi

Isteri anak diarah bercuti agar dia dapat kahwin lagi

myMetro

Dubai: Seorang lelaki dari Ras Al-Khaimah membeli tiket kapal terbang untuk isteri dan tiga anaknya sebelum meminta wanita itu pergi bercuti dengan anak mereka. Apabila si isteri pulang ke rumah, dia mendapati suaminya bersikap pemurah kerana mahu berkahwin lagi.
Wanita itu memberitahu pusat panduan keluarga bandar raya itu bahawa dia tidak marah dengan perkahwinan suaminya, tetapi sedih kerana melayannya sebagai wanita bodoh.

“Dia kata dia tidak berasa sedih walaupun suaminya berkahwin dengan perempuan lain. Dia hanya sedih kerana lelaki itu melayannya seperti wanita lurus bendul. Katanya, dia dan anak mereka terlepas perkahwinan suaminya serta tidak dapat memberikan restu ketika perkahwinan itu,” lapor akhbar harian berbahasa Arab, AlKhaleej, memetik kenyataan pengerusi pusat itu, Jassim al-Makki. Jassim berkata, wanita itu juga mengadu bahawa suaminya tidak lagi adil kepada dirinya dan anak mereka kerana berat sebelah terhadap isteri barunya.

”Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini kerana wanita itu kelihatan sangat memahami...dia hanya ingin kehidupan yang bahagia untuk diri sendiri, anak-anak, suami dan isteri baru lelaki itu,” katanya. - Gulf News

Tidak ada komentar:

Posting Komentar