Selasa, 25 Februari 2014
Browse Manual »
Wiring »
36
»
bercanggah
»
kenyataan
»
maut
»
mesir
»
tahanan
»
Kenyataan Bercanggah 36 Tahanan Mesir Maut
Kenyataan Bercanggah 36 Tahanan Mesir Maut
KAHERAH – Sekurang-kurangnya 36 penunjuk perasaan yang ditahan Jabatan Penjara Mesir telah dibunuh ketika cuba untuk melarikan diri daripada konvoi.
Kejadian yang berlaku pada Ahad itu telah disahkan oleh pihak berkuasa Mesir.
Namun, terdapat laporan yang bercanggah berkenaan bagaimana kematian tersebut berlaku.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir, beberapa tahanan telah menjadikan seorang pegawai keselamatan sebagai tebusan bagi melepaskan diri mereka.
Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata yang menyebabkan ramai mati.
“36 tahanan maut akibat lemas dan sesak nafas apabila gas pemedih mata dilepaskan untuk mengelakkan mereka melarikan diri,” jelas kementerian itu.
Menurut sumber dalaman Al Jazeera, seorang lelaki dipercayai penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi dan parti Ikhwanul Muslimin turut terbunuh ketika dalam proses pemindahan ke penjara Abu Zaabal berhampiran Kaherah yang dilaksanakan bersama 600 tahanan lain.
Al Jazeera turut diberitahu oleh sumber lain bahawa beberapa orang tahanan telah bergaduh di dalam van apabila menjadikan seorang anggota polis sebagai tebusan.
Anggota polis lain yang menyedari tentang kejadian itu bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke dalam van yang menyebabkan beberapa orang tahanan di dalam van tersebut terbunuh.
Namun lain pula yang dilaporkan oleh agensi berita Mesir, MENA.
Menurut laporan MENA, beberapa orang tahanan telah menjadikan seorang anggota polis sebagai tahanan dalam usaha untuk melarikan diri.
Tetapi mereka dikatakan terbunuh akibat ditembak oleh pihak polis dan bukannya gas pemedih mata seperti didakwa oleh kerajaan Mesir.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: Al Jazeera
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar